Pendahuluan
Sains dan teknologi kejuruteraan tidal dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi'i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi islam adalah untuk melahirkan para saintis teknokrat dan jurutera muslim yang beriman dan berakhlak. Islam menolak kemajuan teknologi dan kejuruteraan tanpa akhlak dan sains yang mengabaikan spiritual. Sains dalam pandangan barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayaan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.
Sains teknologi dan kejuruteraan berasaskan barat hanya mempercayai segala yang ditemui, dihasilkan dan digunakan sekadar memperlihatkan kehabatan manusia menerokai khazanah alam. Sebaliknya islam memperkenalkan konsep sains teknologi dan kejuruteraan berasaskan kajian dan penemuan untuk mencari makna kebenaran hakiki tentang kewujudan Allah SWT dan kehebatan kekuasaannya. Manusia diberikan segala kemudahan pancaindera dan kehebatan akal serta fitrah bertuhan dibenarkan untuk menerokai seluruh pelusuk alam. Diberikan keizinan untuk menggunakan setiap nikmat di persada alam ini, baik di darat, di laut, dan di udara, di mana jua penjuru alam buana, dengan syarat makna kebenaran dan keinsafan diri mampu ditemui.