Blogger Widgets SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM: February 2016

Monday, 22 February 2016

SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Pendahuluan

Sains dan teknologi kejuruteraan tidal dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi'i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi islam adalah untuk melahirkan para saintis teknokrat dan jurutera muslim yang beriman dan berakhlak. Islam menolak kemajuan teknologi dan kejuruteraan tanpa akhlak dan sains yang mengabaikan spiritual. Sains dalam pandangan barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayaan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

Sains teknologi dan kejuruteraan berasaskan barat hanya mempercayai segala yang ditemui, dihasilkan dan digunakan sekadar memperlihatkan kehabatan manusia menerokai khazanah alam. Sebaliknya islam memperkenalkan konsep sains teknologi dan kejuruteraan berasaskan kajian dan penemuan untuk mencari makna kebenaran hakiki tentang kewujudan Allah SWT dan kehebatan kekuasaannya. Manusia diberikan segala kemudahan pancaindera dan kehebatan akal serta fitrah bertuhan dibenarkan untuk menerokai seluruh pelusuk alam. Diberikan keizinan untuk menggunakan setiap nikmat di persada alam ini, baik di darat, di laut, dan di udara, di mana jua penjuru alam buana, dengan syarat makna kebenaran dan keinsafan diri mampu ditemui.

KESIHATAN DALAM ISLAM




  • Islam merupakan agama yang mengawal serta menjaga aspek kehidupan umatnya.
  • Islam mengambil berat tentang kepentingan setiap umatnya sama ada dalam aspek fizikal, mental, spiritual.
  • Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan fizikal.
  • Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
"Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, gunakanlah masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit."

CARA RASULLULLAH MENJAGA KESIHATAN


1. Selalu bangun sebelu subuh 
  • Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat subuh secara berjemaah. 
  • Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutamanya untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Adalah Dengan Aktif Menjaga Kebersihan
  • Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
  • Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakia minyak wangi.
  • "Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiapa orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (Hadis Riwayat Muslim)
3. Rasulullah Tidak Pernah Makan Berlebihan
  • Sabda Rasulullah yang bermaksud: " Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)
  • Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
  • Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4. Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri Dengan Gemar Berjalan Kaki
  • Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan Jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
  • Apabila bejalan kaki peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran berjalan lancar.
  • Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
  • Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Rasulullah Bukan Seorang Pemarah
  • Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali.
  • Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukanlah terletak pada jasad tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 
  • Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk maka perlu berbaring.
  • Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan dan menhilangkan gundah di hati.
6. Sentiasa Optimis Dan Tidak Berputus Asa
  • Sikap optimis memberi kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.
7. Tidak Pernah Iri Hati
  • Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. "Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."
8. Jadi Pemaaf
  • Pemaah adalah sifat yang sangat dituntut bagi medapat ketenteraman hati dam jiwa.
  • Memaafkan orang lain membebaskan diri kita dari pada dibelenggu rasa kemarahan.
  • Sekiranya kita marah maka marah itu melekat pada hati. Justeru jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

TOKOH KESIHATAN DALAM ISLAM


IBNU SINA (AVICENNA) BAPA PERUBATAN DUNIA

Biodata Ibnu Sina
  • Dilahirkan pada tahun 370-432 H bersamaan 1037 M dan dibesarkan di Bukhara.
  • Nama beliau adalah Abu Ali Al-Hussin Ibnu Abdullah Ibnu Al-Hassan. 
  • Beliau menghafal Al-Quran pada umur 10 tahun dan menguasai bahasa sastera Parsi dengan baik, pada umur 16 tahun pula beliau sudah menjadi doktor yang terkenal termasuk berjaya mengubati Raja Samanid di mana doktor lain gagal mengubati baginda. 
  • Beliau meninggal ketika umur 57 tahun dan dikebumikan di Hamedan. 


Sumbangan Ibnu Sina

  • Mendalami kepentingan emosi dalam pemulihan 
  • Mendiagnosis melalui denyutan jantung 
  • Orang pertama yang menemui penyakit paru-paru (pulmonary tubercullosis) iaitu satu penyakit yang boleh berjangkit (contagious) 






ALAT-ALAT PENJAGAAN KESIHATAN

Neck Massager

  • Diperbuat mengikut teori perubatan barat (elektromagnetisme) dan terapi perubatan suhu tinggi.
  • Merupakana satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan berteknologi tinggi.
  • Direka berdasarkan ciri-ciri fisiolgi,patologi dan anatomi tulang belakang servikal.
  • Dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik.
  • Dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains, dan efikasi. 
  • Reka bentuk luaran diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia.
  • Dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus.






Alat Pengesan Aliran Darah


  • Obesiti merupakan faktor penyebab berlakunya pembesaran artial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut.
  • Berfungsi untuk mengesan abnormal darah ke jantung.
  • Alat pengesan ini yang bersaiz dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ianya merupakan punca kepada kerosakkan jantung. 
  • Dengan adanya alat ini, kerosakkan pada jantung dapat dikesan awal sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan segera dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk. 





Alat Pengesan Alergik

  • Alat ini mempunyai jangka masa yang panjang.
  • Ianya mempunyai enam fingsi utama untuk mengalirkan medan elektrik bagi merangsang peredaran darah, membersihkan kotoran dalam saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal, meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan serta membantu membina sel-sel baru. 





ALAT KESIHATAN TREADMILL


Sejarah Treadmill

Treadmill merupakan salah satu alat fitness yang popular. Dari awal pengeluarannya hingga hari ini, Treadmill telah menjadi sebahagian dari gaya hidup sihat masyarakat. Kita boleh menjumpai alat ini di gimnasium atau di rumah. Pada awalnya Treadmill bukan diciptakan untuk kesihatan.

Pada tahun 1817, Sir William Cubbit dari England menciptakan sebuah alat di mana para tahanan harus berjalan atau berlari di atasnya setiap hari. Pada tahun 1952, Doktor Robert Bruce dan Doktor Wayne Quinton yang berasal dari Universiti Washington telah menciptakan Treadmill tahap pertama. Treadmill ini berfungsi untuk memeriksa kesihatan jantung dan paru-paru. Pesakit perlu berjalan di atas lantai Treadmill agar boleh bergerak. Penciptaan ini dijual oleh Quinton kepada Stairmaster dan kemudiaanya dibeli pula oleh Nautilus.

Pada tahun 1960, Treadmill sudah menjadi sebuah alat yang mudah ditemui bahkan pada tahun 2000, NASA menempatkan Treadmill di stesen luar angkasa untuk para angkasawan. Lebih dari satu dekad Treadmill terbukti telah membantu untuk menjaga jaga hidup sihat.


Cara penggunaan Treadmill

1. Pemanasan
    -Pemanasan sangat penting untuk meningkatkan suhu tubuh badan dan mengirimkan darah yang mengandungi oksigen ke otot yang bekerja. Hanya memerlukan waktu beberapa minit untuk melakukan pemanasan. 

2. Peregangan
    -Peragangan adalah cara terbaik untuk mencegah kecederaan otot dan membantu otot berfungsi dengan lebih baik. 

3. Treadmill di kawasan yang luas 
    -Dengan adanya kawasan yang luas di belakang Treadmill, sekiranya anda jatuh, anda akan mendarat di atas karpet yang ada di belakang. Jika anda berada di kawasan yang sempit anda mungkin akan jatuh melanggar dinding.

4. Hindari langkah panjang
    -Mungkin anda berfikir dengan melakukan langkah panjang boleh membuat anda bergerak dengan lebih cepat. Langkah yang lebih pendek menyokong bentuk yang tepat dan meningkatkan kebaikan dalam larian. 

   

KESIMPULAN KESIHATAN DALAM ISLAM



          Kesimpulannya, Islam menuntuk umatnya untuk menjaga kesihatan diri sama ada dalam aspek kebersihan mahupun penjaggaan tubuh badan daripada serangan penyakit. Di samping itu, umt Islam diwajibkan untuk meninggalkan segala perkara yang membawa kepada kemudaratan tubuh badan. Sesungguhnya tubuh badan yang sihat memggambarkan kehidupan seorang muslim yang ideal dan pada masa yang sama disayangi oleh Allah SWT.

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah dan pada setiap seorangnya terdapat kebaikan."